MYeCASH ada brapa org Jutawan?
Dari pengalaman Admin www.Prepaid4U.Net
Written by Eddie rEStiNPeaCe
edit by - nazri
Friday, 02 May 2008
Hari ini saya ditanya oleh seorang downline melalui SMS,
Assalamualaikum,maaf bertanya dlm MYeCASH brapa org dah jd jutawan? sbb ada org duk kondem MYeCASH,katanya MYeCASH xda jutawan, saya dgr pun panas telinga. Akhirnya saya ltak ayat "skit2 lama2 jadi bukit".
Errmm.. saya jawab senang jer. Jutawan saya tak pasti, tapi kalau dengan hanya mengekalkan cara hidup sebagai pengguna prepaid dan berpendapatan 5-angka, memang dah ramai dalam MYeCASH. Kemudian saya tanya dia, orang tu buat program apa? Jutawankah dia tu? Downline saya jawab,
Dia agen rafa, dia kata dia baru masuk 3 bln. Income dia dah 20000 sbln. Dia kata rafa dh ada jutawan. MYeCASH ada ka? Then saya kata dkt dia MYeCASH mmg xda jutawan lg sbb bisnes MYeCASH utk long term kami ramai akn jd jutawan. Product depa ada pakej rm2060, rm900, & pling murah rm320
Melihatkan penerangan ringkas tersebut, saya merasa agak lucu. Ternyata orang yg merasakan dirinya hebat itu dalam tak sedar rupanya 'agak bodoh' juga. Barang harga RM2000 dengan profit margin RM200-RM300 nak disamakan dengan barang harga RM10 (reload) yang margin profitnya cuma 20-30 sen. Bukankah bodoh namanya? Tidakkah bangang sekiranya tokey kedai kereta pergi 'menganjing' dengan tokey kedai otak-otak yang kononnya income dia lebih besar?
Dia cuba menggoyahkan sahabat saya ini dengan kenyataan yang kononnya program yang diceburi telah melahirkan ramai jutawan. Pada hemat saya kiranya orang yang berpendapatan antara RM85,000 sebulan dan keatas dan pembayar cukai pendapatan antara RM150,000 ke RM250,000 setahun. Wah hebat. Yang peliknya, saya sendiri baru first time dengar syarikat MLM yang bernama 'RAFA' ni. Seriously, bukan nak tipu. Secara tak langsung saya terfikir, bagaimana program seposen, dua posen MYeCASH boleh jadi perhatian orang macam dia, sedangkan program juta-juta ni saya langsung tak tahu? Ahaks! Kalau CNI, Zhulian, biasalah dengar.
Mungkin dia tak faham, dia 'buat rafa', hakikatnya amat berbeza dengan kami 'buat MYeCASH'. Sebab kitorang tak buat MYeCASH pun sebenarnya. Kitorang hanya pengguna prepaid handphone biasa jer. Bezanya kami tak beli topup dikedai, sebab kitorang masing-masing ada kedai topup bergerak 24 jam guna SMS je. Hakikatnya, buat MYeCASH ker, tak buat ker, kitorang tetap pakai prepaid. Dan kami bukanlah golongan orang yang terpaksa telan 'makanan kesihatan' setiap pagi semata-mata sebab dah 'terbeli' dengan harga RM300-RM400 sebotol. Saya pasti orang yang join MYeCASH tak mimpikan untuk jadi jutawan (angan-angan perlulah realistik bro...) cuma sekadar mahukan 'kebebasan kewangan' sahaja.
Seharusnya dia lebih bijak dalam process 'closing' ni. Harus lebih professional. Tak perlu condemn apa perniagaan yang orang lain buat. Saya sendiri selama ini tak pernah kata MLM lain tidak bagus. Saya sendiri pernah menyertai CNI, Zhulian dan beberapa MLM lain lagi yang mana memang terbukti ramai jutawan telah dihasilkan. Cuma saya merasakan ianya terlalu susah untuk saya melakukannya. Ianya bukan untuk orang yang macam saya. Tapi takde lah saya condemn mereka. Kalau begini caranya dia approach saya sebagai prospect, ilang kisah nak join, lagi meluat lagi adalah. Bila timbul isu ni, tertarik saya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai RAFA ni. Meng-google lah saya...
Dari apa yang saya jumpa, company ni baru dilancarkan pada March 2007 (sorry kalau salah. Sebab memang dalam website rasmi korang pun takde state mengenai latar belakang company. Jumpa ni pun dari 3rd party blog) dan produknya? Macam biasa... 'Makanan kesihatan'!!CNI yang top tu pun memerlukan 18 tahun untuk melahirkan tak sampai 40 orang 'intan jutawan'. Company ni dahsyat, setahun jagung pun dah ramai millionaire kononnya. Okey la tu. Tak kisahlah. Ko jaja lah kisah jutawan korang tu dan dalam masa yang sama cari lah seramai yang boleh orang yang nak kaya cepat yang sangup untuk invest RM2060 kalau dapat. pas tu esok, biar dia pulak mengelupur nak cari orang lain. Yang nyata, dengan sistem binary dan pairing korang ala-ala piramid scheme tu, memang logik akan ada yang jadi jutawan, tapi the first two level jer la kot? Anyway, all the best.
Kebelakangan ini terlalu banyak program 'money game' dan 'sistem piramid' yang bertopengkan MLM dan berwayangkan produk-produk yang tak masuk dek akal. Yang peliknya bukan produk yang jadi bahan marketing point, sebaliknya pakej yang beharga beribu-ribu dengan janji pulangan tetap sehingga setengah juta dalam tempoh 5,6 bulan. Akal yang waras biasanya dapat menilai, cuma kadang-kala nafsu dan kehendak nak cepat kaya membuatkan kita jadi buta. Lantas memperalatkan orang lain untuk memastikan kejayaan kita